Kek Marble Gebu Bahan-bahan: 8 oz mentega 6 oz tepung gandum 6 oz gula castor 5 biji telur 3 sudu besar susu pekat 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu makan ovalette 3-4 sudu makan serbuk koko yang sudah diayak Tepung diayak bersama baking powder. Cara membuatnya : Masukkan mentega, susu dan esen vanilla dalam satu bekas dan pukul sampai kembang. Di dalam bekas lain, pukul putih telur sampai ringan lalu masukkan gula sedikit-sedikit sampai adunan rata. Masukkan telur kuning ke dalam bekas tu sebiji-sebiji dan pukul hingga rata. Masukkan Ovalette ke dalam adunan mentega dan pukul lagi sampai rata. Lepas tu, masukkan sedikit-sedikit tepung yang sudah diayak ke dalam adunan mentega dan gaul...
Resepi Ayam Goreng Berempah Bahan-bahan: 1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan 5 ulas bawang putih 2 biji bawang besar 1 inci kunyit hidup 1 inci halia 5 batang serai 1 sudu besar ketumbar 1 sb jintan manis 1 sb jintan putih **ditumbuk/kisar kering 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu teh serbuk kunyit 3 sudu besar tepung jagung 1 biji telur 1-2 tangkai daun kari Garam Minyak untuk menggoreng. Cara cara: Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap. Perap selama 30 minit.Jika diperap semalaman pun boleh. Dah ready untuk menggoreng.
MAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak dijual di Pasar Malam Sayur Kampung, Chow Kit, Kuala Lumpur ini. Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka. Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi. Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya. Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di p...
Komentar
Posting Komentar