Postingan

Menampilkan postingan dari Juli, 2013

Ikan Bakar Air Asam

Gambar
Resepi Ramadhan dari Chef Ismail. Kredit: Restoran Rebung,Bangsar,Kuala Lumpur. Jom kita tengok resepi air asam yg menambah selera. Bahan-bahan     Dikisar halus-halus Cili merah 3 tangkai Cili padi 6 tangkai Belacan serbuk 1 sudu besar Dihiri nipis-nipis Bawang besar 1 biji, dikupas Bunga kantan 1 kuntum Daun kesum 4 tangkai Tomato 2 biji     Perasa Asam jawa 250g, diramas dengan 6 sudu besar air dan diperah airnya   Air limau nipis 125ml Garam dan gula secukup rasa Cara membuatnya :   Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan tambah air asam jawa dan air lima nipis. Kacau biar rata. Masukkan bahan-bahan yang dihiris, kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Roti Jala Berinti

Gambar
Kali ni,mari kita cuba resepi untuk juadah berbuka puasa,dengan Roti Jala Berinti. Bahan² inti 1) Daging cincang (300 gram ) 2) Bawang besar, dimayang halus (5 biji ) 3) 1 inci (halia , dimayang halus) 4) 25 gram (rempah beriyani) 5) Minyak untuk menumis (sedikit) 6) Garam (sedikit) 7) Gula (sedikit) 8) Telur (5 biji ) Bahan² roti jala  1) Tepung gandum (3 cawan ) 2) Air (3 cawan) 3) Telur (1 biji ) 4) Pewarna kuning (Sedikit ) 5) Garam (Sedikit ) Cara² inti : 1. Buat intinya dahulu. Tumis bawang besar dan halia hingga naik bau. 2. Masukkan rempah beriyani dan daging cincang. Kacau sehingga daging cincang masak.  Setelah kering dan masak, masukkan garam dan gula. 3. Ketepikan terlebih dahulu. 4. Untuk 3 sudu besar daging cincang yang telah masak, masukkan sebiji telur, digaul rata ketepikan. Cara² membuat roti jala: 1. Kisar semua bahan-bahan untuk membuat roti jala. 2. Tapis untuk mengelakkannya berketul. 3. Kemudian Masukkan ke dalam acuan roti jala, dan biarkan masak di at...

Biskut Green Lace

Gambar
Biskut Green Lace Bahan A 120 g mentega 20 g shortening/lemak sayur 80 g gula kastor 1 camca teh padan paste Bahan B 140 g tepung gandum 30 g tepung sagu 1/4 camca teh baking powder 1/4 camca teh garam 30 g biskut marie yang dikisar halus 20 g serbuk kacang hazelnut Bahan C Coklat cair secukupnya Gula manik bewarna-warni Cara membuatnya: Putar bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh. Canai doh 1/2 cm, terap dengan acuan kegemeran dan susuh atas dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Sejukkan biskut atas jaringan, kemudian drizzle coklat cair dan taburkan gula manik bewarna-warni atasnya. Untuk sukatan di atas boleh dapat dalam 35 keping biskut Green Lace.

Resepi Biskut Oren

Bahan²: • 500g mentega • 250g gula ising • 1 biji telur • 2 biji kuning telur • 2 camca kecil pati oren • Beberapa titik pewarna oren • 750g tepung gandum • 150g coklat yang dicairkan Cara membuatnya: 1. Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang. 2. Masukkan telur dan kuning telur, kacau rata. Kemudian masukkan pula pati oren dan pewarna, gaul sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati. 4. Masukkan adunan tadi ke dalam beg corong berbentuk bintang (star nozzle). Paipkan adunan di atas dulang pembakar. 5. Kemudian bakar ke dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit. Apabila biskut kekuningan, angkat dan biarkan ia sejuk. 6. Selepas biskut sejuk, celupkan sebahagian biskut tadi ke dalam coklat yang dicairkan. Biarkan sejuk dan hidang dengan hirisan kulit oren.

Kuih Lapis Pelangi

Gambar
Kuih Lapis Pelangi Bahan-bahan : 210gm tepung gandum 170gm tepung beras 70gm tepung ubi 1200ml santan sederhana pekat 800ml santan cair 320gm gula pasir 1/4 sudu teh garam 2 helai daun pandan di simpul Pewarna biru, violet, pink, orange dan hijau Loyang 10 x 10 – di gris Cara-cara membuatnya : 1. Satukan semua tepung, garam dan santan ke dalam mangkuk besar, gaul hingga rata dan tidak berketul. 2. Masak santan cair, gula dan daun pandan hingga mendidih.  Tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan tepung, kacau dengan segera hingga betul-betul rata. 3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 10 bahagian (250ml setiap satu) 4. 5 bahagian warna asal dan 5 bahagian lagi di masukkan pewarna yang berlainan. 5. Panaskan pengukus, tuang 250ml warna asal dan kukus selama 4 min hingga masak. 6. Kemudian tuang 250ml adunan biru, kukus hingga masak 7. Ulangi langkah 5 dan 6 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna violet, pink dan oren hingga habis. 8. Untuk lapisan terakhir tuang 25...