Postingan

Menampilkan postingan dari Juni, 2012

Red Velvet Cake

Gambar
Resepi kek Red Velvet Bahan²: 250g tepung kek - diayak 1/2 sk garam - diayak 15g @ 2 sudu besar serbuk koko - diayak 113g @ 1/2 cawan butter 160g gula kastor 2 biji telur gred A 1sk esen vanila 240ml @ 1 cawan buttermilk 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah 1 sk cuka 1 sk soda bikarbonat Cream Cheese Frosting: 227g cream cheese 115g @ 1 cawan gula kastor 360ml @ 11/2cawan whipping cream Cara² membuatnya: Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama. Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan t...

Ketahui 6 Khasiat Taugeh

Gambar
Suka makan sayur taugeh? Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika makan tengah hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya taugeh mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Berikut disenaraikan beberapa khasiat taugeh kepada kita. 1. Cegah Kanser Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas. 2. Baik Untuk Wanita Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan ...

Kek Batik Arora

Gambar
Bahan-bahan: 250 gm butter 100 gm gula castor 1 sudu kecil ovelette 3/4 cawan susu pekat manis 250 gm tepung gandum (diayak) 2 sudu kecil baking powder (diayak) 6 biji telur 5 jenis pewarna dan paste ---------------------------------------- Cara membuatnya: Putar butter, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim Masukkan susu pekat dan putar sebati Masukkan telur satu persatu  Masukkan tepung gandum Bahagikan kepada 5 bahagian dan letak pewarna dan paste Sediakan loyang size 8 dan griskan loyang Letak 1 sudu besar adunan pewarna , 1 sudu adunan pewatna lain dan ulang seterusnya hingga habis. Panaskan oven selame 10 minit pada suhu 170 C Bakar selama 1 jam . Selepas 40 minit jika tengah kek masih belum masak tetapi bahagian atasnya dah agak garing, tutup bahagian atas tersebut dengan tudung periuk. Teruskan membakar hingga kek masak dengan sempurna.

Dalca Ayam

Gambar
Bahan-bahan: 300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil) 4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian) 2 batang terung panjang ( potong kecik) 6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci) 1 batang karot ( potong memanjang) 2 cawan santan pekat air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air ) 1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk) 1 labu bawang besar ( di tumbuk) 3 ulas bawang putih ( ditumbuk) 1 inci halia (ditumbuk) 1 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 3 biji bunga cengkih 3 sudu besar serbuk kari daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air) daun ketumbar minyak untuk menumis garam, perasa Cara membuatnya 1. Tumis daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. 2. Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk . 3. Kemudian masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 4...