Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2012

1001 Khasiat Ulam

Gambar
MAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak dijual di Pasar Malam Sayur Kampung, Chow Kit, Kuala Lumpur ini. Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka. Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi. Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya. Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di p...

Dangai Sagu

Gambar
Bahan-bahan: 2 cawan sagu biji halus - siram air dan tuskan 1/2 biji kelapa Garam secukup rasa Cara Menyediakan: 1.Gaulkan sagu yang telah dituskan dengan garam dan kelapa. Biarkan setengah jam. 2.Panaskan kuali tidak melekat,lengserkan sedikit minyak dan taburkan adunan,tetapi jangan terlalu tebal. 3.Tutup kuali lima hingga tujuh minit atau sehingga masak. 4.Lipat dua dangai sebelum diangkat. 4.Hidangkan semasa masih panas. Sumber: Sajionline ZaiFa:Mesti cuba ni,lagipun bahan² ringkas jerr.Nanti kalau jadi,saya share kat sini.  :-)

Sup Sayur Sempoi

Gambar
Bahan-bahan: Bawang merah kecil Bawang putih 1 cawan air masak 1 biji telur Garam secukup rasa Sedikit tepung jagung Sayur Brocoli Carrot Kobis Cendawan Kacang panjang **ataupun sayur-sayur lain mengikut citarasa anda. Cara memasak: 1.Tumiskan bawang puting & bawang kecil. 2.Kacau sehingga naik bau. 3.Masukkan air.Biarkan mendidih seketika. 4.Masukkan kesemua sayuran tadi. 5.Pecahkan telur,gaul hingga hancur. 6.Tambahkan garam secukup rasa.Serta tepung jagung bagi kuah nampak pekat.  Sudah siap...memang mudah dan sedap.

Blueberry Muffin

Bahan-bahannya: 2 cawan Tepung Gandum* 2 s/t Baking Powder* 1 cawan Gula Kastor 2 Biji Telur 1 cawan Susu (Dutch Lady Full Cream) 1/2 cawan Minyak Sayuran 1/2 cawan Oat Blueberry filling secukupnya Cara membuatnya: 1.Ayakkan bahan bertanda * 2.Satukan gula,telur,susu,dan minyak hingga sebati 3.Masukkan tepung,baking powder.Kacau hingga sebati 4.Masukkan Oat dan kacau lagi biar sebati 5.Sudukan dalam muffin cup,letak blueberry dan sudukan sedikit lagi adunan muffin biar menutupi blueberry. 6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 celcius lebih kurang 35 minit.

Click N Share

Gambar

Udang Goreng Kasturi

Gambar
Bahan-bahan: 10 ekor udang besar 5 biji cili merah 5 biji cili hijau 2 tomato merah 2 biji bawang besar 2 biji limau kasturi diambil airnya. 2 tomato hijau Secawan minyak masak Garam secukup rasa Cara memasaknya: 1.Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, 2.Panaskan minyak masukkan udang. 3.Setelah masak angkat udang. 4.Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. 5.Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. 6.Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.

Kek Moist Coklat

Gambar
Bahan-bahan: • 2 cawan tepung gandum } diayak • 2 sk baking powder • 2 cawan gula halus • 4 biji telur gred A • 250 gm butter • 2 sk esen vanila Bancuhan koko (Pes Coklat): • 1 cawan serbuk koko • 1/2 cawan gula halus • 1 cawan air panas • 1/2 cawan susu cair • 1/2 sudu teh nescafe dan sedikit coffee emulco Cara membuatnya:- 1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan. 2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang. 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. 4. Masukkan esen vanila dan gaul rata. 5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula. 6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. Untuk topping Bahan-bahan: • 1tin susu pekat(boleh kurangkan) • 1 sudu teh esen vanila • 1/2 cawan minyak jag...

Apam Aiskrim Soda

Gambar
Bahan-bahan: 3 cawang tepung gandum 2 cawan gula 4 biji telur 1 cawan air asikrim soda 1 sudu teh ovalette perasa strawberry atau ikutcitarasa pewarna pilihan Cara membuatnya: 1.Pukul telur dan gula hingga kembang. 2.Campurkan tepung. Pukul sebati. 3.Masukkan air aiskrim soda, esen vanila, ovalette. Pukul sebati. 4.Bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan. 5.Sendukkan secara berselang seli ke dalam loyang hingga habis. 6.Kukuskan selama lebih kurang 20 minit. 7.Balut tutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke dalam loyang. Kredit to: Cuba Try Masak Resepi ni pun saya ambil dari  BLOG beliau.Terima kasih Sya my BFF :-)

Kuih Ketayap

Bahan-bahan: 2 cawan tepung 1 biji telur Sedikit garam 1 cawan air 1 cawan air daun pandan Sedikit pewrna pandan Semua bahan dikisar halus. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Masukkan adunan. Bila masak masukkan inti kelapa dan gulung. Bahan inti: 1 biji kelapa parut putih 1/2 buku gula melaka Gula ikut kemanisan 2 sudu makan tepung ubi Sedikit garam 2 helai daun pandan Satukan semua bahan kedalam kuali. Masak hingga sebati dan kering. Biarkan sejuk.