Postingan

Menampilkan postingan dari Oktober, 2011

Kuah Dhal

Gambar
                         (sumber gambar dari internet) Bahan-bahan: 1 cawan kacang dhal 2 batang lobak merah – dipotong nipis 1 biji terung sederhana besar - dipotong kecil 2 biji kentang - dibelah lapan sedikit serbuk kunyit 1 inci halia - diracik 2 ulas bawang putih - diracik 3-4 biji bawang merah - dimayang sedikit daun kari sedikit rempah tumis - bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis 1 sudu teh biji sawi 3 biji cili hijau - dihiris nipis / dipotong besar minyak untuk menumis garam dan gula secukup rasa Cara membuatnya: 1.Rebus kacang dhal dalam periuk sehingga empuk. 2.Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan serbuk kunyit, lobak merah dan kentang. Teruskan rebus sehingga kesemua bahan empuk. 3.Masukkan pula terung dan cili. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak. 4.Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan rempah tumis, halia, bawa...

Muffin Coklat

Gambar
Bahan-Bahan: ½ cawan mentega ½ cawan minyak jagung 1 ¼ cawan gula perang 3 biji telur 2 ½ cwn tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat sudu makan serbuk koko 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat) Sedikit coklat chip untuk hiasan. Cara-cara: 1.Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit. 2.Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan 3.Masukkan telur sebiji demi sebiji. 4.Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi. 5.Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati. 6.Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya. 7.Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit. Tips: 1.Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna. 2.Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek. 3.Jangan gun...

Nasi Carrot

Gambar
Bahan-bahan: 2 cawan beras bathmati ataupun beras biasa-basuh dan toskan 2 cawan carrot –diparut 1/2 cawan susu cair 3cawan air – ataupun letak air rebusan isi dan tulang ayam 1 kiub ayam 1 sudu kecil gula garam Bahan Tumis: 2 sudu besar rempah kurma-pilihan 4 ulas bawang merah – tumbuk 3 ulas bawang putih – tumbuk 2 cm halia -mayang 2 sudu besar mentega/marjerin kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3biji bunga cengkih 2 biji buah pelaga 1 tangkai daun ketumbar-dimayang daun pandan Cara membuatnya: 1.Panaskan mentega/marjerin dalam periuk dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan. 2.Bila dah wangi masukkan rempah kurmai.Biarkan naik minyak. 3.Masukkan air, garam, gula, kiub ayam dan susu cair.Biarkan mendidih. 4.Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar. 5.Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.Nasi selalu dikacau2 untuk elakkan berkerak di bahagian bawah 6.Hidangkan bersama ayam bakar, sup dan salad sayur.

Sandiwch Biskut Ranggup

Gambar
Bahan-bahan: 14 keping cream crakers mini 70 gm serbuk roti 2 biji telur Sedikit garam 100 gm ikan bilis yang sudah dibersihkan 3 biji bawang merah (dikisar halus) 3 ulas bawang putih (dikisar halus) 2 cm halia (dikisar halus) 1 sudu besar pes cili Sedikit air asam jawaMinyak secukupnya Cara memasak: 1. Mula-mula anda perlulah menyediakan sambalnya. Jadi, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. 2. Kemudian, masukkan pes cili dan air asam jawa. Kacau rata. 3. Selepas itu, masukkan pula ikan bilis dan biarkan mendidih. 4. Setelah sambal masak, matikan api dan biarkan sejuk. 5. Setelah sambal sejuk, ambil sedikit dan sapukan pada sekeping biskut dan tutup dengan sekeping lagi biskut (buat seperti sandwic. Ulangi cara ini sehingga biskut habis dan ketepikan. 6. Untuk proses seterusnya, anda perlu memukul telur bersama sedikit garam sehingga kembang. Ketepikan. 7. Kemudian, celupkan biskut ke dalam telur tersebut dan masukkan ke dalam serbuk roti. 8. Pana...